DaNieL

DaNieL
my self !

Thursday, May 5, 2011

TONGGAK 12

Ketekunan membawa kejayaan (The success of perseverance)
MAKSUD ;
Ketekunan bererti member tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangaan kepada organisasi dan individu.
Dalam usaha untuk menjadikan pekerja tekun menjalankan tugas amalan-amalan negetif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat baru buat harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun dan bersemangat.
Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan mahir menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan.Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.
CONTOH ;
Setiap guru yang diarahkan sebagai ahli jawatankuasa pelaksanaan untuk Hari Guru, masing-masing menjalankan tugas mengikut bahagian tugasan yang telah ditetapkan.
Jika semua guru bekerjasama serta melaksanakannya dengan penuh tekun, secara tidak langsung kerja yang mengambil tempoh yang lama akan dapat di siapkan atau di sempurnakan dalam masa yang singkat.

Keseronokan Berkerja (The Pleasure Of Working)
MAKSUD ;
Dalam mewujudkan keseronokan berkerja amalan-amalan negative seperti menganggap kerja sebagai suatu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja sebagai suatu ibadat maka akan wujud keseronokan untuk berkerja yang mana pulangnnya adalah pahala.
Ia merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat dan negara.Dengan sendirinya kita akan merasakan kepuasan kerana sumbangan kecil mereka telah berjaya membangunkan negara.Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
CONTOH ;
Penjawat awam yang cemerlang akan berkerja dengan penuh tanggungjawab dan penuh dedikasi.Setiap kerja serta tugasan yang diarahkan dijalankan dengan amanah dan tidak akan terasa terbeban di bahunya sekali pun kerja yang dilakukan kemungkinan baru pertama kali dilaksanakan.

Ketinggian Peribadi (The Worth Of Character)
MAKSUD ;
Peribadi seseorang ialah “the total personality” wataknya, sikapnya, perilakunya dan gaya membawa diri dalam pergaulan sesama manusia, baik di rumahnya sendiri, di dalam organisasinya dan di dalam masyarakat umum.Pengalaman hidup biasanya membawa watak.Namun watak sahaja tidak cukup untuk membantu satu peribadi yang baik.Sikap yang positif dan terbuka membantu seseorang meningkatkan keperibadianya ke tahap yang lebih tinggi.
Ketinggian peribadi merupakan matlamat usaha penerapan nilai-nilai murni serta kepatuhan kepada etika kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan.
Pekerja yang mempunyai ketinggian peribadi merupakan seorang yang jujur, berkata benar, ikhlas, pintar, berbudi bahasa, penyayang, cekal menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakan tugas serta cirri-ciri lain yang unggul.
CONTOH ;
Seorang guru tidak hanya dinilai dari segi penampilannya sahaja, bahkan dilihat dari segenap aspek komunikasi serta cara pergaulan dengan rakan sejawat dan juga masyarakat di sekeliling mereka.




Keutamaan bersabar (Patience Virtue)
MAKSUD ;
Kesabaran terutamanya di kalangan masyarakat malaysia adalah sangat-sangat dituntut.Malah kesabaran juga dikaitkan dengan keimanan seseorang dalam agama Islam.
Sifat-sifat negatif seperti cepat putus asa, keluh-kesah, gopoh-gapah, takut menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan panas baran harus digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau cepat sangat putus asa, pemaaf dan mempunyai wawasan jangka masa yang panjang dan juga sentiasa memikir kehadapan.
Kebiasaannya pekerja-pekerja yang banyak bersabar akan tahan menerima teguran, nasihat,pandangan dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua-ketua mereka.Kebiasaannya orang-orang yang amat sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan juga khayal dengan pujian.
CONTOH ;
Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan.
Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Agama banyak member galakan supaya kita bersabar kerana sabar itu adalah separuh dari iman kita semua.sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, cekal, dan sentiasa dalam ketenangan.

1 comment:

  1. hahahha..subjek etika pon ade gak kew at sni..????huhuhu..=[

    ReplyDelete